NAMA : Syarifah Nuralia Binti Syed Ismail

TARIKH LAHIR : 29 OKTOBER 1978

UMUR : Tarikh lahir dah ada…kira la sendiri…

ASAL : Pulau Pinang

TINGGAL DAN BERKERJA : Sungai Buloh ,Selangor

PEKERJAAN : Guru

PENGALAMAN MENGAJAR : hampir 10 tahun..

HOBI : Menyanyi dan apa apa yg ada kaitan dengan muzik dan lagu.

NAMA BAPA : Syed Ismail Bin Syed Hassan

NAMA IBU : Zainab Binti HJ Sudin

JUMLAH ADIK BERADIK :

  • 3 orang
  • anak yang ke-2
  • Yang pertama kakak(Syarifah Nuralina Bt Syed Ismail)
  • Yang kedua saya
  • Yang ketiga adik lelaki(Syed Iskandar Bin Syed Ismail)

JUMLAH ANAK BUAH:1 orang(Muhammad Iskandar Zulqarnain Bin Razak)anak kakak saya.

KEBAIKAN SAYA :

  • Melimpah ruah dgn rasa kasih sayang
  • Kalau dah sayang tak boleh nak benci.
  • Suka berjenaka
  • Suka ketawa
  • Cepat sejuk hati kalau marah.
  • Mudah lupa pada keburukan kalau org tu pandai ambil hati.
  • Pendengar yang baik.
  • Lembut hati ,naluri mudah tersentuh(nak kata kebaikan ke tak ni entah la)

KEBURUKAN SAYA:

  • Saya ni panas baran
  • Cepat melenting
  • Cepat stress
  • Mudah menagis
  • Sensitif(pada isu isu tertentu)
  • Tak boleh simpan rasa tak puas hati…mesti nak luahkan!
  • Sekali dah benci tak leh nak ubat lagi dah…

APA YANG ORANG TAK TAU TENTANG SAYA:

1.LIPAS-adalah musuh nombo 1 negara.Kalau ada lipas kat dalam bilik aku rela tak masuk bilik tu seminggu dan kalau nak masuk bilik tu gak,aku akan pastikan lipas tu ‘diburu’ hingga dapat, baru lega nak masuk bilik.Sebenarnya bukan la nak kata takut sgt…cuma geli pada kaki dia yang berbulu dan melekat lekat tu.Paling aku anti lipas terbang…sebab kalau terbang mesti nak hinggap atas orang…pastu dia pilih nak hinggap atas orang yg takut kat dia plk tu…(aku la tu!)

2.MINAT NGAN SUKAN YG JARANG ORG CEBURI-ada 2 sukan yang kau paling minat..

  • SOFTBALL
  • GYMRAMA(gimnastik berirama)

….berminat maksud aku ni bukan sekadar jadi penggemar sukan ni jer tapi sebenarnya aku pernah main dan terlibat secara serius dalam sukan ni.Masa zaman sekolah menengah dulu aku wakil zon untuk permainan softball…jgn pelik ,sekolah aku tu sekolah berasrama penuh jadi dah ada la sukan sukan ni pada masa tu.Pasal sukan gimrama ni, kadang kadang malu pun ada nak cerita kat org.Sebab kalau tgok pada body aku sekarang ,nak cerita yang aku ni gymnast masa zaman sekolah mmg sapa pun tak percaya…hehehe.tapi itu la hakikatnya masa di tingkatan 3 dan 4 aku ceburi bidang gimnastik berirama dan aktif  lah jugak.Jadi sekarang bila dah bergelar cikgu aku masih meneruskan minat aku dalam bidang ni…walaupun bukan sebagai peserta tapi sebagai HAKIM gymrama peringkat kebangsaan.

3.KASUT-Suka sangat beli kasut,kalau masuk shopping kompleks rasanya section kasut yg lia tuju dulu.Tak kira brand atau jenama janji cantik dan berkenan di hati.

4.Yang ni yg paling best…PERNAH MENDERITA TERUK KERANA CINTA-CInta pertama tu ibarat segala galanya…mungkin kerana pada masa tu usia lia terlalu muda jadi lia taksub terhadap cinta.So apa bila di tinggalkan lia ibarat dah hilang semuanya….dan dah mengalah dalam hidup…hampir hampir saja kehilangan nyawa sendiri..bodoh betul!heheheh…

5.MINAT BIDANG IT:Hmm…kalau korang nak tau aku ni start kenal IT dalam usai yg dah agak terlewat.Mmg zaman sekolah dulu ada pelajaran ni..tapi masa tu kita belajar main main sebab kita tak nampak yg benda ni akan jadi terlalu penting dalam era sekarang.So bila dah kerja baru lah terhegeh hegeh nak belajar benda benda ni semua.Dan terus terang lia cakap dalam 3 tahun kebelakangan ni lah peningkatan pengetahuan lia dalam bidang IT ni maju secara mendadak berkat usaha dan bantuan teman teman cyber sekelian.Terima kasih semuanya….(sebenarnya masih banyak yg perlu di pelajari…terlalu kerdil rasanya dalam bidang ni)

APA YANG PALING DI BENCI:

1.HIPOKRASI-Aku paling benci org yg hipokrit.Depan cakap lain belakang cakap lain.Sah sah jelas yang dia menipu.Sekali kalau aku tau diadah tipu jgn pikir senang nak rawat hati aku balik nak suruh aku percaya…sekali terkena selamanya terasa.!!

2.NGUMPAT BELAKANG-Fuh mmg temper dgn yng ni…Ko nak ngumpat aku kat belakang wat apa…ngumpat aku depan depan la tgok..biar senang aku nak jawap.Ni ngumpat belakang dah tu sebar cerita tak betul pulak.Kalau tak dgr kat aku tak apa..ni tup tup cerita tu sampai gak kat telinga aku…memang nahas la jawapnya…heheheh!

3.GUNA BARANG TAK RETI NAK PULANGKAN-Ni lagi satu hal…dah pakai pulang kan la kat tempat dia balik…NI letak rata rata pastu masa haku nak pakai cari dah takada…hish…sakit hati betul.Karang aku tak kasi pinjam kata aku kedekut pulak!!!

KESIMPULAN:

****Aku ni di besarkan dalam sebuah keluarga sederhana…dari kecik kecik adik beradik kami dah di ajar untuk berusaha untuk dapatkan apa yang kami mahu.Kata Abah,”Tak ada jalan mudah untuk nak mencapai apa pun dalam dunia ni!”.Walau pun aku ni tak lah nak kata berjaya sgt dalam hidup tapi sekurang kurang nya apa yang aku miliki hari ini adalah berkat usaha diri sendiri…Jadi aku boleh berbangga dgn apa yang telah aku capai dan perolehi hari ini…Bersyukur ke hadrat ALLAh…alhamdulillah…!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.